24/7

Enslaving Self to The Creator, Following Path of The Messenger, Succeeding Here and The Ever After..















If you want love, be loving first


If you want trust, be trusting first


If you want honesty, be honest first


If you want courage, be courageous first


If you want forgiveness, be forgiving first


If you want friendship, be friendly first


If you want encouragement, be encouraging first


If you want strenght, be strong first


If you want generousity, be generous first


If you want support, be supporting first


If you want gratitude, be grateful first


If you want happiness, be happy first


And if you want inspiration, be Light first


LIFE IS SOMETHING ABOUT BEING FIRST..



Alhamdulillah, setelah hampir tiga bulan aku merantau di negeri orang, terkapai-kapai mencari sedikit bekalan untuk kehidupan kejam yang akan aku tempuhi beberapa masa lagi, aku diberi kesempatan untuk kembali ke sekolah lama ku yang telah mengajar dan mendidikku agar aku menjadi seorang manusia sebenar, SM Ibn Khaldun..

Aku diterima oleh guru matematik ku yang sungguh hebat dan kreatif cara mengaj
arnya, untuk bekerja selama sebulan sebagai pekerja am. Di samping mengutip sedikit sebanyak lagi mutiara-mutiara di sini, aku juga ingin berkongsi, membantu takat yang ku mampu, menyertai sahabat-sahabat ku di sini, adik-adik ku yang sedang bertungkus lumus memperjuangkan risalah Rasulullah S.A.W di bumi Ibn Khaldun ini..

Al-kisah, memandangkan aku dianugerahkan oleh-Nya sebuah Juara, saban
hari dan saban waktu aku menaikinya, memandu kotak ini ke sana dan ke mari, ke sekolah, ke JAIS, juga ke kompleks membeli-belah, aku semakin sedar dan merasa, bahawa amat perlunya aku berwaspada dan berhati-hati di jalan raya..

Seminggu sekali, aku mengisi minyak kereta ku yang tercinta ini, biasanya di Petronas, dan pernah pada satu masa apabila aku melihatkan stesyen ini, aku teringat akan air kopi yang dihidangkan oleh pihak Petronas secara percuma kepada pemandu-pemandu yang memandu di malam hari pada musim-musim perayaan, bagi membantu mereka dalam perjalanan pulang ke desa. Teringatkan itu, berbunyi pula perutku yang masih kelaparan ketika itu..

Hampir sebulan aku menjelajah bumi Selangor ini secara solo, pelbagai ragam pemandu dan kere
ta telah aku lihat. Yang menghon aku, yang memandu secara lambat, laju dan juga merbahaya, yang keretanya berkilau-kilauan persis permata, yang rim tayarnya tidak dapat ku agak berapa harganya, yang spoilernya dipasang bagai ingin terbang ke udara..

Memperlihatkan semua ini, terdetik dihati ku ini..



Tarbiyyah - didikan hati,

Tinggalkan ia jangan sekali,

Walau telah masuk IPT..


Sahabat-sahabat yang kukasihi sekalian, di dalam kehidupan kita, di suatu ketika, kita perlukan pit-stops untuk kita semak kembali diri kita, dari sudut amalannya, akhlaknya dan ingatlah di sini, sistem yang kita lalui ini sahajalah yang menyediakan perkhidmatan tersebut..

Sama-samalah kita lihat sebuah kereta yang gah penampilannya, yang hebat berkilat badannya, rim tayarnya, cerminnya dan sebagainya, bukankah itu hanya alat bagi pemandunya mencapai matlamatnya pada hari tersebut? Di saat dia menghidupkan engin keretanya pada pagi itu, pada ketika itu juga dia telah memasang niat untuk pergi ke sebuah gerai untuk membeli sarapan, maka apa yang akan dia peroleh ialah apa yang dia niatkan..

Adakah ini tidak sama dengan kita, kita sebenarnya bukanlah jasad ini, bukanlah rupa yang cantik, tampan bergaya ini, tapi kita ini hanya roh, roh yang telah Allah tiupkan ke kenderaan kita - sebuah jasad homo sapien. Dan bersyukurlah dan bersiap siagalah bagi mereka yang mempunyai kereta (jasad) yang cantik, (engin) otak yang cerdas, dan pelbagai lagi kerana ini merupakan amanah daripada Allah S.W.T untuk mempergunakannya untuk kebaikan Islam, janganlah kita sia-siakannya.

Janganlah dengan rupa kita yang cantik ini, kita mempertayangkannya. Janganlah dengan kebijakan kita ini, kita merancang untuk keuntungan Jahiliyyah kerana ingatlah, semua yang kita peroleh ini hanyalah kenderaan sementara dan di akhirat kelak, Allah akan tukar kereta kita ini berpandu kepada pemandunya (hatinya). Mungkin di dunia ini kita memperoleh jasad Nissan Skyline, namun di akhirat kelak siapa yang tahu, mungkin ada pula yang mendapat Mitsubishi Evo Lancer, namun di akhirat kelak siapa yang tahu, dan mungkin juga di dunia ini kita hanya memperoleh Perodua Kelisa sahaja, tetapi ingatlah tidak mustahil ia akan menjadi Lamborghini Murceilago..

Dari Abu 'Abdillah An-Nu'man ibn Basyir radhiallahu 'anhuma, beliau pernah mendengar Rasulullah
S.A.W berkata..

... Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah keseluruhan badannya, dan apabila ia rosak, maka rosaklah keseluruhan badannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati..
Bukhari dan Muslim

Setiap hari kita makan, setiap hari kita mandi, setiap hari kita melakukan aktiviti..

Sebenarnya makanan itu sebagai mengepam minyak, mandi itu sebagai m
embasuh kereta, dan aktiviti itu adalah destinasi pemanduan kita..

Kita juga membeli kasut baharu, kita membeli baju baharu, kita memakai aksesori baharu..

Sebenarnya kasut itulah rim tayar kita, baju itulah cat baharu kereta kita, dan aksesori itulah spoiler kita, speaker kita, skirting dan sebagainya..

Kita pada hakikatnya telah banyak melayan kereta kita, kita mempercantikkannya, kita mengenyangkannya, kita menghias dan memperagakannya, kita membersihkannya..

Namun..

Persoalannya..?

Bagaimana dengan pemandu tersebut..?

Adakah dia diberi makan..?

Adakah dia diberi rehat..?

Dia sudah memperoleh peta perjalanannya atau belum..?

Dia pasang GPS..?

Dia tahu atau tidak destinasi sebenarnya..?

Dan..
Siapakah dia sebenarnya..

Pemandu tersebut..?

Dialah..

Hati kita..

Kita sebelum-sebelum ini, sebenarnya hanya menjaga kereta kita sahaja, kita mengisi minyak, kita basuhnya, kita pasang sport rim, namun kita tanya kembali diri kita, sebanyak mana kita menjaga pemandu kita..

Sebanyak mana kita berikan dia minuman penyegar seperti kopi untuk dia membawa kereta kita itu..?

Sebanyak mana dia diberikan rehat, merawat tekanan-tekanan dan cabaran serta mehnah perjalanan dia itu..?

Sebanyak mana dia membaca peta perjalanan dia..?

Sebanyak dia merujuk alat-alat bantuan perjalanan pemanduan dia seperti GPS..?

Sebanyak mana pemandu itu tahu tujuan dia memandu..

Hala tujunya..

Destinasi terakhirnya..



Tidakkah..?
Tidakkah kita sedar..?

Adakah dia tidak akan lesu tanpa makanan dan minuman..?

Adakah dia tidak akan keletihan tanpa rehat yang secukupnya, rehat daripada segala tekanan perjalanan..?

Adakah dia confirm tidak akan sesat tanpa peta perjalanannya..?

Adakah tanpa makanan dan minuman dia tidak akan terbabas keretanya di persimpangan jalan..?

Adakah tanpanya juga dia tidak akan masuk ke lorong-lorong yang salah..?

Adakah tanpanya juga dia tidak akan tergelincir ke lembah-lembah kehancuran..?

Adakah tanpanya juga dia akan tahu hala tuju destinasinya yang sebenar..?

Inilah persoalan-persoalan yang mana timbul untuk kita sama-sama mendiksi diri kita..
Sejauh mana kita menjaga hati kita..



Sebagaimana hadith yang telah dinyatakan di atas, sekiranya baik hati kita, maka baiklah segala jasad tubuh badan kita, dan sekiranya buruk hati kita, maka buruklah segala jasad tubuh badan kita. Sekiranya baik pemandu kita, maka baiklah kereta kita itu, ke tempat baik sahajalah destinasinya, dan sekiranya buruk pemandu kita, maka buruklah kereta kita itu walau pun ia sebenarnya cantik, dan buruklah pemanduannya dan ke tempat b
uruk sahajalah destinasinya kelak..

Maka, dapat disimpulkan, kita yang sekian lama dimuliakan olehNya dengan manhaj tarbiyyah ini, jangan sekali-kali tinggalkannya, walau ke mana jua kita berada..

Kerana ingatlah, hati-hati kita ini amat perlu kepada pit-stops sebagaimana perlunya kereta-kereta formula one kepada pit-stops, untuk kita sentiasa check and recheck hati saban minggu kita mengharungi perjalanan kehidupan yang kian mencabar. Dan kerana sistem ini sahajalah yang menyediakan perkhidmatan tersebut - perkhidmatan menyemak dan menyatukan hati kita, insya Allah..

Dan akhir sekali sahabat-sahabat serta adik-adikku, ingatlah Rasulullah pernah bersabda..
Sesunggahnya Allah tidak sesekali melihat kepada rupa paras kamu dan harta benda kamu, tetapi Allah melihat kepada hati kamu dan amalan-amalan kamu..
Sesungguhnya Allah tidak pernah melihat kepada kereta yang telah Allah berikan kepada kamu, atau segala kelengkapannya dan aksesorinya, tetapi Allah hanya melihat kepada pemandu itu, dan ke mana jutaan destinasinya yang lain yang telah dia pergi dengan kereta itu, sebelum dia pergi ke destinasi terakhirny
a - kepada Tuhannya..

Oleh itu, sama-samalah kita menjaga pemandu kita, berikan dia makanan asuhan, didikan dan peringatan, rehatkan dia dengan ibadah kepada Tuhan Yang Maha Menciptakan, berilah dia peta dan GPS sebagaimana apa yang telah diwahyukan, sedarkan dia akan tujuan sebenar diciptakan..
Berhati-hatilah di jalan raya kehidupan..

Insya Allah..

About Me

My photo
Currently studying at Kolej Mara Kulim, Kedah, Foundation in Science and Technology University Kuala Lumpur. Struggling and hoping to be an 'Alim, Muttaqi..

Followers