24/7

Enslaving Self to The Creator, Following Path of The Messenger, Succeeding Here and The Ever After..





1.12 pagi

Sejuk dirasai..

Sini..

Alhamdulillah..

Amat lama telah aku tinggalkan dunia penulisan ini, tiada kisah mahupun berita yang dapat ku tulis di atas papan kekunci, aku asyik memberitahu dirinya, dalam rugi..

Ya, semakin hari meniti dunia IPT, semakin dapat kita rasai cabaran dan tanggungjawab yang pernah disebut pada suatu hari, ingatkah lagi..

..

.. 

..


Kongsi, kini aku di rumah, sedang membuat sedikit kajian untuk projek yang telah diamanahkan kepada kami. Projek yang baru kami terima pagi tadi, directly from Cikgu Abdullah Thaidi dan Cikgu Asri. Projek CD..

Namun, pagi ini, bukan aku ingin menerangkan mengenai projek tak seberapa ini. Tetapi apa yang aku peroleh kembali malam ini. Sedang aku membuat research di world wide web, semakin penat dan sedikit hampa, aku tidak jumpa apa yang aku hajati. Penat, berbaloi? Aku lantas menekan punat controller ASTRO, mencari channel sampai pada nombor 106, OASIS..

Sebuah rancangan, Bicarawara bersama AaGim, 'Rawat Hatinya Bangunlah' yang tidak pernah aku tonton, aku biarkan sahaja rancangan itu tersiar di TV, belum tahu tentang apa yang dibicarakan pada rancangan ini. Aku teruskan kembali mencari maklumat di internet tentang kerja ku, tekan dan tekan, baca dan baca. Sedang asyik aku googling di komputer riba, aku terhenti dan tersentak, aku terdengar dan aku lantas menoleh, pada kaca TV yang mengeluarkan kata-kata. Aku tersenyum, itulah dia, tarbiyyah hati..

Rancangan 'Rawat Hatinya Bangunlah (AaGim)' merupakan sebuah rancangan yang membicarakan perihal agama dalam membina pengetahuan Islam kepada umum. Ustaz AaGim yang didatangkan khas dari Indonesia memberikan penerangan yang amat cantik isinya dan mudah untuk kita fahami terhadap soalan-soalan yang dikemukakan kepada beliau oleh siswa siswi di studio berkenaan..

Cantik, jarang aku dapat mendengar penyampaian daripada ustaz-ustaz Indonesia dan hari ini, aku berpeluang. Pagi itu, pelbagai soalan dikemukan kepada beliau daripada siswa siswi, ada yang mengenai kefuturan, kemajuan diri, pengurusan hati dan sebagainya..
Ustaz, bagaimana nak mencapai kemajuan? Dari sekecil perkara hingga sebesar perkara?
Kurang lebih bunyi soalannya..

Benar, antara kita masih tercari-cari erti kemajuan dan kejayaan. Dan bagaimana untuk memperoleh kemajuan tersebut. Apa yang kemudiannya disentuh oleh Ustaz AaGim ialah bagaimana hubungan kita dengan Allah S.W.T kerana dari Dialah segala kejayaan, segala kegagalan, segala kemajuan dan kemunduran itu datang. Usaha kita yang kecil ini sebenarnya tidak mampu untuk memberikan sebarang natijah (hasil) terhadap suatu apa pun yang kita usahakan. Hanya Allah S.W.T yang akan memberinya, baik atau tidak baik. Apa yang dikehendaki oleh Allah dan yang dinilai olehNya terhadap kita ialah sebanyak mana usaha kita dan sebanyak mana pergantungan kita terhadapNya.
Dan tidak aku jadikan manusia dan jin selain untuk memperhambakan diri kepada Ku
Az-Zariyat : 56
Kita adalah hamba, kita memperhambakan diri kepadaNya pada setiap ketika. Persoalannya pula, bagaimana? Caranya ialah melalui penjagaan, pengurusan dan didikan hati. Hati merupakan raja bagi tubuh badan kita, segala tingkah laku dan tindak tanduk kita ditentukan, dipandu oleh hati kita. Hati juga merupakan alat penghubung antara kita dengan Allah S.W.T. Heart management (pengurusan hati) yang diberi oleh beliau adalah sistem 3M;
  • Mulai dari diri sendiri
  • Mulai dari perkara kecil
  • Mulai dari saat ini
Pertama, kita perlu melakukan perubahan diri sendiri dan janganlah kita asyik menunding jari terhadap orang lain. Segala tindak tanduk kita perlu kita selarikan dengan kehendak syara', dengan kita merujuk pada orang-orang yang benar 'alim dalam agama  Islam.  Kita inginkan perubahan dan kemajuan, maka kitalah yang perlu berubah..

Kedua, kita perlu mulakan perubahan daripada perkara yang kecil dalam kehidupan kita kerana tanpanya, perubahan untuk perkara yang besar kurang menjadi. Kita ambil contoh kemajuan sesebuah negara. Apabila majunya sesebuah negara itu sebenarnya bukan negara itu yang perlu maju, tetapi apa yang ada di dalamnya; masyarakatnya dan kemasyarakatannya, pemimpinnya dan kepimpinannya, bukannya juga ia maju atas perkara-perkara besar semata-mata. Begitu juga dengan kehebatan sesebuah buku. Bukan buku itu hebat kerana ia adalah buku itu tetapi kerana ia terdiri atas helaian-helaian kertas, yang mana helaian-helaian tersebut mempunyai penulisannya yang hebat. Yang mana penulisan tersebut itu pula berdiri atas kalimah-kalimah yang hebat dan kalimah-kalimah itu pula berdiri atas noktah-noktahnya yang juga hebat. Kita dapat lihat, kejayaan besar itu akan bermula dan sepatutnya bermula dari kejayaan perkara yang kecil-kecil, insya Allah..

Ketiganya, kita mulailah perubahan itu dari saat ini, kerana sekiranya bukan kali ini, bukan saat ini, bukan hari ini, bila kah lagi, sebelum sampai saatnya kita mati..

Sedikit coretan..
Tarbiyyah fi aidikum fi aidikum faqad

About Me

My photo
Currently studying at Kolej Mara Kulim, Kedah, Foundation in Science and Technology University Kuala Lumpur. Struggling and hoping to be an 'Alim, Muttaqi..

Followers