Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadangkala kita mendapati bahawa amalan kita adalah terbalik atau bertentangan daripada apa yang sepatutnya dilakukan dan yang dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut - ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan di bawah sebagai contoh amalan - amalan yang terbalik:
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik daripada apa yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasakkan makanan untuk keluarga si mati bagi meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau - kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Sekiranya seseorang itu hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin), orang kerap “Assalamu'alaikum” yang berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepitkan di dalam tangan, maka segan dia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau dia menziarahi orang mati, tidak segan pula “Assalamu'alaikum” tak berisi. Sepatutnya sekiranya kita menziarahi keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tidak apa kerana tuan rumah memanggil kita untuk diberi makan bukan untuk dia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi apabila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang sahaja bahkan ada yang tidak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan itu kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut ialah dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidangkan supaya tuan rumah berasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau solat sunat di masjid amat rajin, tetapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik - baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam, akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekkah dan apabila balik dari Makkah tidak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuatlah kenduri. Bukan kerana hendak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan yang lain? Wallahu a'lam
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau - kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tetapi kalau anak tidak boleh membaca Al-Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Al-Quran atau kelas khas mempelajari agama Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir, tetapi kepada Tok Guru Al-Quran hendak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.
Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang sekiranya anak kita tidak dapat membaca Al-Quran atau solat daripada tidak lulus peperiksaan duniawi..
Cukuplah dengan contoh - contoh di atas yang hanya sedikit ini. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat yang sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita ini menuruti landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera hidup kita.
Terkadang kita terlupa, mengapakah diri kita ini melakukan amalan - amalan yang sebenarnya agak tersimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. Hal ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kecetekan ilmu yang ada pada diri kita. Justeru, tuntutlah ilmu, beramallah dengan ilmu yang kita ada, dan janganlah kita bertaqlid, iaitu beramal membuta tuli dengan mengikut orang lain tanpa mengetahui nas - nasnya di dalam Al-Quran dan Al-Hadith.
Jalan untuk kita beramal sebagai bekalan di akhirat kelak telah Allah sediakan dengan banyaknya di atas muka bumi ini - Al-Quran, Al-Hadith dan Allah juga telah menempatkan orang - orang yang lebih berilmu dalam bidang agama daripada kita, untuk kita jadikan mereka sebagai rujukan dan tempat bertanya sekiranya kita ragu dan tidak tahu. Sekarang terpulang kepada diri kita untuk memilih, Islam yang syumul atau pun Islam yang hanya diwar-warkan sahaja sebagai syumul. Allah yang menciptakan kita, maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi kehidupan tetapi tidak mahu sujud kepada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul 'Alamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan di langit kepada Allah kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat - ayat Al - Qur'an, Al - Hadith dan cerita - cerita kebaikan namun mereka berasa tidak ada apa - apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat atas segala kesalahan dan kesilapan mereka daripada Allah Ta'ala.
Siapakah orang yang dungu kepala otaknya?
Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu melakukan ibadah walaupun mereka mengerti akan kewajipannya tetapi menyangka bahawa Allah tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering berasa tenang dengan kemaksiatannya walaupun mereka mengerti akan pengharamannya.
Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat sebenarnya adalah orang yang berupaya menahan kemarahannya ketika mana mereka dalam keadaan marah, bukan mereka yang sasa tubuhnya dan keras otot - ototnya.
Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di hadapan mata mereka sendiri, tetapi tidak ada sedikit pun kebencian di dalam hati mereka akan kemungkaran tersebut.
Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidah mereka untuk membaca selawat ke atas junjungan besar Nabi Rasulullah S.A.W.
Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al - Qur'an dan
tidak mahu mengambil pengajaran dan pembelajaran darinya.
Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solat mereka seolah - olah ia mempunyai sebuah kerajaan untuk dipimpin seperti kerajaan Nabi Sulaiman A.S.
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "inna lillahi wa inna illaihi raji'un." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang menangis air mata mutiara?
Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang - orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa - dosa mereka yang lalu lantas mengalirkan air mata mereka.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba, alpa dan leka akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap - siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhiratlah yang kekal abadi.
Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya - iya berusaha sekuat tenaga untuk dunia mereka sedangkan akhirat mereka diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang - orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agama dan amal ibadah mereka.
Siapakah orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang - orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haram
akan sesuatu perkara dalam hidup mereka.
Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang - orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat sahaja yang memperbolehkan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya mereka haid dan kedua ketika mereka tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang - orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal - amal kebaikan.
Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu ditipu adalah orang - orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang - orang tua.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang - orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang - orang yang mati membawa amal - amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluas saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang - orang yang mati tidak membawa amal - amal
kebaikan lalu kubur mereka menghimpit mereka sendiri.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang - orang yang menghuni syurga kelak kerana mereka telah memperguna akal mereka sewaktu di dunia untuk menghindari siksa di neraka.
Marilah sama - sama kita renungi siapakah kita, di manakah tempat kita dari golongan - golongan di atas sana. Moga Allah merahmati kita semua.
Human body contains two types of charges, namely positive charge and negative charge. In our daily activities such as working, playing, and even resting, a lot of energy is used. During the burning of energies, a lot of charge-changing process happens at the atoms inside our body. The moving, losing and releasing of the electrons from ones to another causes our body to be in an imbalance state.
These imbalance charges in our body makes us feel tired, ashen and exhausted after finishing our daily activities. Therefore, these charges must be balance back to bring the man to freshness anew and the body state itself back to normal. Here, where the miracle of Islam - where bunches of fool, idiot and selfish peoples had denied for, comes to complete the incomplete..
This is a true story about one of a genius physic professor in United State of America. He had done a research on the congregation prayer ( Solah Berjamaah ) requested by our God Subhanahu Wa Ta'ala. Initially, his curiosity on this Islamic practice rose, and then encouraged him to make a research on benefits and advantages of this practice.
The professor's mind kept twisting and thinking on the congregation prayer. Why does this religion's God requested the Islamists to do the prayer en masse at the same time? And also, why doesn't the number of rakaah inside the prayer itself be the same?
His research had told him that the differences of the rakaah numbers are meant to balance the charges inside the human body. Before we do our congregation prayer, we will be reminded to straighten our allignment, shoulders meet shoulders and so do our footprints.
These requested acts actually have their own, unique reasons.
Scientific study shows that when our body colliding with others, right and left during the congregation prayer, it actually balances back the needy charges in our body. This is due to the excessive amount of charges, whether it is negative or positive charges will be released out while the lack ones will be pulled in. This happens by the transportation of electron since it is the only one that can move from atoms to atoms. The longer the collision happens, the more balance the charges inside our body.
Based on him too, each time we awaken from our sleep, our body will have an appropriate amount of freshness and healthness. At this time, our body contains positive and negative charges at almost the same. Thus, we only need a few more exchanging process for the fully balanced body charge to be reached. That's why the subuh prayer contains only 2 rakaah.
Next, after a long day of hard-muscle and brain-squeezing works, the charges return to imbalance state due to the losing of charges from our body. This where the congregation player takes in act. It will balance back the charges inside our body.The 4-rakaah prayer of Zohor actually provides more times and spaces for the process to be occur and complete.
The same situation goes in the evening. A large number of energies is used to continue our daily works and surely we loss our balance body state. As Zohor prayer, the 4-rakaah Asar prayer caters for longer times for the reaction.
Usually, after Asar prayer we will return home from offices and schools. We normally does not doing much energy-consuming activities and we are at higher tendency to rest as the length of the time also is short. Thus, Maghrib prayer is just in 3 rakaah, sufficient for the least amount of energy used compare to the other two.
Now, came a big puzzlement to his research on the 4-rakaah Isyak prayer. Logically, we doesn't need much energy at night because the activities at night is much lower than the day in the matter of energies used.
Also, night is when we can have a nice, good sleep and surely we don't actually have to fill back our energy..
He then continued his research and his recent research puzzled out everything. We already know that Islamists are encouraged to sleep and wake up early to worship Allah 'Azza Wa Jalla ( Qiamullail ) at the last one third of the night. In can be concluded that 4-rakaah prayer acts as a preparation that provides energy to do the worshiping ( Qiamullail )..
His own research put him on awe. Islam is truely the true religion that is the most special and the most complete. It is proven that Islam is the one and only religion that will bring successes and happiness till the end. He then realised that every creation have their own reason that give profits to the Islamists itself. He felt how tiny he was and how Great The Creator is. In the end, with hidayah from Allah, he became one of our brothers..
Some people may not be enthusiastic about the attracting butterflies and all of their life cycle stages to their garden, but butterflies really do add colours, movements and beauties to the garden. They are also beneficial pollinators for many of our favourite flowers. So, there are no doubt that we re
ally should think and thank to The Most Merciful for everything He have gave us..
Butterflies are classified under Lepidoptera in the class of insects, and are found in many different habitats throughout Malaysia. Many butterfly species have recently expanded their ranges due to changes humans have brought on through disturbed habitats where native plants and introduced weeds now thrive.
All butterflies go through a complex life cycle that consists of four distinct developmental stages: egg, larva (or caterpillar), pupa (or chrysalis), and adult. Follow the adventure now to trace this fascinating process - and then, let us learn together what does this one of a kind creation God have gave us would really means..
The Egg Stage
No matter what their eventual size, all butterflies start out as little, tiny, dot-like eggs. Female butterflies will deposit their eggs on or near specific plants called host plants. Each specific species of butterfly has its own host plant that, when eaten by the caterpillar, will enable it grow and thrive.
To the human eyes, eggs appear to be nothing more than small dots however the eggs vary quite a lot in their shape, surface decoration, colours and size. Caterpillars grow inside the eggs and hatch after a few days by eating their shells out..
The Caterpillar Or Larva Stage
Butterfly larvae are highly efficient eating machines. They actually eat approximately 8 times their own body mass daily. It is their sole job to eat and grow, and they do both at astonishing rates. Unlike humans, butterfly larvae do not have internal skeletons. Instead, they wear their skeletons namely exoskeletons on the outside of their bodies. As a result, in order to grow, each larva must molt, or shed its outer skin numerous times during its lifetime. Each time it molts, the larva may change considerably in size and appearance. After 1 - 3 weeks of near constant eating and growing, the caterpillar seeks a safe place to go through metamorphosis.
Most butterfly larvae attach themselves to a branch, leaf, or small twig with silk that they produce themselves. The caterpillar spins the silk thread as it moves to help keep it attached to the leaves. After a few weeks the caterpillar spins a silk 'button' on the underside of a leaf, attaches itself to this with fine hooks and hangs head down in a 'J' shape. After a short rest, the pupa is formed in the body of the caterpillar. Its skin splits and exposes the chrysalis to the air..
The Pupa Or Chrysalis Stage
The pupa hardens about an hour after being exposed to the air. The pupa hangs without moving for a while. Inside the pupa a wonderful change is happening. This is called metamorphosis. Although the pupa looks lifeless, there is a lot going on inside as the caterpillar is literally liquefied and then reassembled as a butterfly. Scientifically, it is hard to understand this process but it is sufficient to say that, it is one of a prove that The Most Almighty is at work..
The Butterfly Stage
The first evidence that a butterfly is ready to emerge is a transparency of the pupa case revealing the colours of the wings beneath. After about 1 - 3 weeks time, the chrysalis splits open, a limp, damp butterfly emerges. The wings are like soggy paper. The butterfly hangs
from the pupa case for an hour or so to let its wings straighten and dry out. Once the butterfly has done this and warmed itself in the sun it is ready to fly off and feed and mate, so continuing the on-going lifecycle. But sadly my friend, these attractive, beautiful, pleasure-giving insects hardly last for a long time. In just about a couple of weeks, after laying their eggs, they just die..
So What Is This All About?
Dear my friends, we may notice or maybe even not, why does our God have created this magnificent, beauty creation only live in the globe for less than two months. Why? It is actually to tell and warn us about our short lifetime. The time after our mothers gave birth to us, where we were so small, light, and brittle so that they cared us in such protective guard ever since. Aren't we the same as the dot-like creatures above? Yes we are in the matter of size and thankfully we should because they don't have mothers to take care for them just as we do. The female butterfly actually lays 200 - 500 eggs once and only a few will suvives till the end. This is the first thing that we should not take for granted..
For the next stage, is the most vital stage in our life. And it is equivalent to the caterpillars or larvae stage. It is our stage where we can learn and study many things, eat so many things that can be eaten, and most importantly doing true jobs as a slave to Allah Subhanahu Wa Ta'ala. This phase now will determine our future tomorrow, whether we achive flying colours, or we just make it as failures. If the larva do not eat enough food daily, they will not ascend to the different level. So do us, as a muslim student if we do not study hard and well, and we do not connect all our actions to our God, we are not actually climb for another step.
Let us now continue our journey. For the third stage, that is the pupa stage, scarcely everyone to doubt it as an 'examination' stage for us. Don't we realize, after a long time the larva eat and grow, eat and grow, the next obstacle for it to become a beautiful butterfly, is to sit back and wait for what Allah's will to give. As we have learn before, the larva will transform itself into a butterfly by Allah's will and power inside the pupa through a process named metamorphosis. This shows that after we have tried something so hard to get it, such as straight A's in an examination, only Allah will determine what the result is. Not us nor our so-called big effort will determine it, but Allah does..
Lastly, after we have 'receive' our successes, we should never be proud of ourself nor being too happy for them. We must remember that these gives aren't for nothing. We must be more thankful to Allah and use them in the road of dakwah. The short life of butterflies shows that Allah's gives are not last long. For animals and insects like butterflies, their goal are just to mate and lay eggs, it is sufficient for them to do that only. But do we want to be like them? Marry and breed, marry and breed? We have more responsibilities on our shoulders than the animals' and the insects' have. Like one of my beloved senior's saying, responsibilities are more than the time itself. Another thing that we should not take in ease is, we must always alert that all we have now, will disappear later. Our knowledges, good-looking face, properties, moneys, and everything in our life aren't go anywhere and will never help us once we reach The Judgement Day. It is how we have done with them will help us there.
My brothers and my sisters, let us learn from what Allah have served in front of us. Butterfly. This one of a kind creation of Allah not just gives us pleasures and happiness, but also reminds us what we should really do. And the most crucial is, tell us how short our lifes are..
Alam yang serba indah ini, melakar senyuman buat insan yang memerhati. Pepohonan hijau melambai dibuai angin damai, menghiasi dada permai, mengisi kekosongan jiwa nan kesunyian. Keriangan kicauan burung dan serangga, sedikit sebanyak seakan menyapa kekusutan jiwa dalam menongkah ombak jerih kehidupan insan.
Alam, pohon - pohonnya, bunga - bunganya, buah - buahannya, tumbuh - tumbuhannya, binatang - binatangnya, gunung - ganangnya, bukit - bukaunya, dan sebagainya, seolah - olah mengingatkan kita suatu perkara yang kita hampir lalai dan alpa darinya, dek kesibukan mengejar harta, dunia dan benda dalam seharian kita.
Lihatlah sekali lagi! Khabarkan apa yang kita dapati dari lukisan alam yang tersergam indah ini?
Takkala kita melihat gunung, tidakkah kita terfikir, siapakah diri kita yang kerdil ini, berbanding gunung - ganang yang tersergam megah, gagah menongkat bumi ini? Takkala kita melihat lautan, tidakkah kita terfikir, siapalah kita berbanding keluasan laut yang terbentang bagai tiada bertepian ini?
Takkala kita melihat flora dan fauna, tidakkah kecantikan alam ini mengambarkan bahawa, apalah keindahan diri kita berbanding keindahan alam tersebut? Takkala kita melihat gajah, tidakkah kita terfikir, bahawa kebesaran jasmani kita, tiada nilainya di sisi kebesaran jasmani gajah tersebut?
Duhai 'Kita', yang berfikir, mengapa kita tidak mahu sekurang - kurangnya bertanya, apakah nilai diri kita, berbanding alam yang tersergam ini?
Kalau kita pantas, kuda lebih pantas. Kalau kita besar, gajah lebih besar, bahkan gunung lebih besar. Kalau kita cantik, merak lagi cantik. Kalau kita tinggi, awan lebih tinggi. Kalau kita bijak, iblis lebih bijak. Kalau kita taat, malaikat lebih taat. Jadi…??
Jadi, mana istimewanya 'Kita' berbanding apa yang kita saksikan dari alam dan apa yang kita ketahui tentang makhluk - makhluk yang lain?
Dari realiti ini, kita seharusnya malu dengan diri sendiri, kerana selama ini merasakan bahawa, kitalah yang pantas, kitalah yang besar, kitalah yang cantik, kitalah yang tinggi, kitalah yang bijak bahkan, kitalah yang taat. Ini kerana, nilai kita tidaklah setanding nilai - nilai makhluk yang lain, dalam kategori masing - masing.
Di manakah rahsia firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik penciptaan...”?
Rahsia 'sebaik-baik penciptaan' bukan pada apa yang kita lihat dari luaran kita, tetapi ianya pada makna yang tersembunyi dalam diri kita. Ia dikenali sebagai sir (Rahsia) dalam diri kita, yang menyebabkan Allah s.w.t. mengatakan bahawa kita adalah sebaik - baik ciptaanNya.
Dari ayat tersebut, kita dapat mempelajari beberapa rahsia dan hikmah ketuhanan dan kehambaan diri, antaranya:
Pertama: Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya Kami menciptakan manusia…”
Ayat ini mengingatkan kita bahawa, kita semua berasal dariNya. Kalau bukan Dia yang menciptakan kita, kita tidak wujud di dunia ini, bahkan di akhirat nanti. Wujud yang menjadi antara nikmat Allah s.w.t. yang terbesar dalam diri kita, merupakan anugerah dariNya, kalau anda menghargainya. Oleh itu, janganlah kita sekali-kali melupakan hakikat bahawa, kita diciptakan, dan kitasebenarnya milikNya yang menciptakan kita, dan siapalah kita tanpaNya. Oleh itu, ayat ini mengingatkan kita tentang, rasa diri dimiliki oleh Tuhan yang selayaknya disembah.
Kedua: Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dengan sebaik-baik penciptaan...”
Allah s.w.t. menjelaskan bahawa, bukan sahaja Dia menciptakan kita (manusia) semata - mata suatu penciptaan yang tiada sebarang makna, tetapi sebaliknya, Dia menciptakan kita dengan sebaik - baik penciptaan, sama ada dari sudut luarannya mahupun dalamannya. Adapun dari sudut luaran, Allah s.w.t. menciptakan kita dalam bentuk yang sederhana, tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar, tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras, dan sebagainya. Maka, kesederhanaan dan pertengahan dalam diri kita sebenarnya merupakan suatu sifat 'sebaik - baik penciptaan' dalam ciptaan Allah s.w.t.
Adapun dari sudut dalaman, Allah s.w.t. menganugerahkan kita dua kekuatan dan satu tanggungjawab yang tiada pada selain manusia, iaitu kekuatan akal dan nafsu, dan tanggungjawab sebagai khalifah (wakil) Allah s.w.t. di muka bumi ini.
Kalaulah haiwan, cuma ada nafsu. Kalau malaikat, cuma ada akal. Kalau jin, walaupun ada akal dan nafsu, tetapi tiada keistimewaan sebagai khalifah di muka bumi ini. Adapun manusia, memiliki ketiga - tiganya, iaitu, akal, nafsu dan keistimewaan sebagai khalifah di muka bumi ini.
Ketiga: Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Kami ciptakan manusia...”
Penggunan kata ganti nama 'Kami', merujuk kepada bilangan yang ramai bagi pihak yang bercakap. Adapun penggunaan 'Kami' dalam ayat ini merujuk kepada satu bilangan yang berfirman iaitu Allah s.w.t. semata-mata. Tujuan penggunaan kata 'Kami' bagi merujuk kepada Allah s.w.t. yang Maha Esa merupakan suatu bentuk sastera arab yang tinggi, di mana 'Kami' pada firman Allah s.w.t. tersebut bukan merujuk kepada kebesaran kuantiti yang bercakap (berfirman), tetapi menunjukkan kepada kebesaran kualiti yang berfirman. 'Kami' dalam ayat tersebut menunjukkan kebesaran Allah s.w.t. yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa, hatta seluruh makhluk berhimpun untuk menciptakan sekecil - kecil makhluk sekalipun, seperti lalat, nescaya mereka tidak mampu. Oleh itu, penggunaan kata 'Kami' dalam ayat di atas, selain daripada menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t., ia juga menafikan ada kuasa mutlak selain dariNya yang mampu menciptakan sesuatu.
Keempat: Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Kami menciptakan manusia dengan sebaik-baik penciptaan...”
Ini menunjukkan hakikat sebenar diri kita, bagi menjawab persoalan - persoalan paling penting dalam hidup kita iaitu:
* Dari mana?
Jawapannya, dari Allah s.w.t yang menciptakan kamu.
* Apa tujuan hidup?
Dari firmanNya: “sebaik-baik penciptaan…” memberi kefahaman bahawasanya, tujuan hidup kita juga pastilah sebaik - baik tujuan. Apakah sebaik-baik tujuan hidup tersebut?
Allah s.w.t. berfirman dalam surah Az - Zariyyat yang bermaksud: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah (kepadaNya)…”
Dalam ayat Az - Zariyyat tersebut juga ada beberapa pelajaran yang boleh diambil antaranya:
Tujuan hidup manusia dan jin adalah untuk menyembahNya yang Maha Esa dan beribadah kepadaNya semata - mata. Segala perbuatan jin dan manusia, perlulah diniatkan untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Segala perbuatan yang tidak disertakan dengan niat beribadah kepadaNya adalah perbuatan yang sia - sia dan merugikan usia seseorang manusia, seperti firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Katakanlah (Hai Muhammad), sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku (seluruhnya) dan kematianku untuk Allah s.w.t...”
Dalam ayat tersebut juga, kita dapati bahawa, Allah s.w.t. menggunakan kata ganti nama 'Aku', takkala merujuk kepadaNya. Ianya berbeza dengan penggunaan kata ganti nama 'Kami' dalam ayat sebelum ini. Antara hikmahnya, Allah s.w.t. merujuk diriNya dengan perkataan 'Aku' dalam ayat ini (Az - Zariyyat) untuk memfokuskan manusia dan jin, tentang sifatNya yang Maha Esa. Ini kerana, ayat ini berkaitan dengan ayat yang menyeru manusia kepada penyembahan, maka pada ayat ini, Allah s.w.t. menggunakan kata 'Aku' untuk menghalakan pemerhatian manusia kepada KeESAanNya dalam pengabdian, kerana tiada tuhan yang layak disembah melainkan Dia s.w.t..
Adapun penggunaan kata 'Kami' dalam ayat sebelum ini merujuk kepada kekuasaan Allah s.w.t., takkala Allah s.w.t. berfirman tentang penciptaan manusia. Maka, pada ayat yang menceritakan tentang penciptaan makhluk, selalunya digunakan kata 'Kami' untuk menunjukkan kepada sifatNya yang Maha Berkuasa sedangkan apabila Allah s.w.t. berfirman tentang penyembahan dan pengabdian, selalunya digunakan kata 'Aku' atau 'Dia' yang menunjukkan sifat KeESAan Allah s.w.t. dalam pengabdian sesuatu makhluk.
Pengajaran ketiga yang dapat diambil dari ayat tersebut lagi ialah, tentang khitob (hala tuju firman Allah s.w.t. kepadanya). Dalam firman tersebut, Allah s.w.t. menghalakan kalamNya kepada jin dan manusia secara khusus bagi mengingatkan mereka tentang tujuan penciptaan mereka. Mengapa hanya kepada jin dan manusia sahaja ditujukan peringatan tersebut?
Hal ini kerana, manusia dan jin sering lupa dengan hakikat dan tujuan kehidupan mereka, hasil pertentangan akal dan nafsu dalam diri mereka. Nafsu yang menebal dalam diri mereka kadangkala melalaikan akal manusia dari memperingati tujuan asal kehidupan mereka di dunia ini.
Oleh yang demikian, Allah s.w.t. mengingatkan dua jenis makhlukNya yang terdedah kepada kealpaan hasil pertembungan akal dan nafsu dalam diri mereka, supaya kembali kepada tujuan asal penciptaan mereka supaya mereka tidak rugi di akhirat kelak. Peringatan tersebut merupakan tanda kecintaan dan rahmat Allah s.w.t. kepada hamba - hambaNya.
Jadi, tujuan manusia diciptakan ialah untuk menyembah dan mengabdi diri kepada Allah s.w.t., dan ia merupakan sebaik - baik tujuan dan matlamat hidup sesuatu makhluk, kerana manusia itu sendiri merupakan sebaik - baik ciptaan.
* Ke mana hala tuju kita?
Dalam ayat yang berbunyi: “Kami menciptakan manusia dengan sebaik - baik penciptaan”, menjawab persoalan tersebut, di mana, dari Dialah kita datang, dan sudah tentu kepadaNyalah kita akan kembali.
Kelima: Takkala Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dengan sebaik - baik penciptaan”, sebenarnya Allah s.w.t. mengingatkan kita bahawa, kebaikan - kebaikan yang ada pada diri kita, seperti kepandaian, kekayaan, kebahagiaan, ketampanan, kecantikan, hatta ketaatan sekalipun, bukan hasil dari kuasa dan daya diri kita sendiri, tetapi kebaikan - kebaikan tersebut semuanya dari Allah s.w.t.
Di sini, Allah s.w.t. mengajar manusia, cara beradab di hadrah Ilahi s.w.t., dengan tidak memandang kebaikan itu, dinisbahkan kepada diri sendiri, dan merasa bangga dengan diri sendiri, tetapi sebaliknya menisbahkan kebaikan - kebaikan yang ada pada diri kepada Allah s.w.t., yang pada asalnyalah, telah menciptakannya dengan sebaik - baik penciptaan. Oleh yang demikian, segala kebaikan - kebaikan yang ada dalam diri kita dan kehidupan kita adalah anugerah dariNya. Apabila menyedari hakikat sedemikian, tergamakkah kita 'BANGGA' dengan diri sendiri, sedangkan pada hakikatnya, segala kebaikan yang ada pada kita bukan dari kita, tetapi dariNya. Tidak sedarkah bahawa, Tuhan s.w.t. yang memberi kebaikan - kebaikan tersebut pada diri kita juga mampu menarik balik pemberianNya daripada kita? Jadi, wajarkah kita bangga diri di hadapanNya yang telah memberikan apa yang kita miliki kepada kita??
Fahamilah teman - temanku, fahamilah…
